MASA ITU EMAS

SERI DELIMA.....

Tuesday, August 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN...

Alhamdulillah. Bersyukur kita pada Ilahi kerana masih lagi dipanjangkan umur untuk merasai kenikmatan bulan Ramadhan pada tahun ini. Kepada pengunjung Blog Seri Delima, selamat berpuasa kepada semua yang akan menjalankan ibadah puasa pada 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430.


Sunday, August 9, 2009

PROGRAM RIMUP 2009


Pada 6 Ogos 2009 SK.Seri Aman telah mengadakan Program Integrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP) bersama SJK(c) Pokok Assam.

Ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara sekolah secara tidak langsung hubungan baik antara kaum yang ada di sekolah masing-masing.




Program ini melibatkan pelajar tahun 4 & 5 setiap sekolah. Terdapat beberapa orang pustakawan Seri Delima yang terlibat dalam program ini.





Tema pada tahun ini ialah 1 Malaysia. Beberapa aktiviti telah dijalankan iaitu pertandingan melukis & mewarna Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Patriotik.

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT ZON TAIPING 2009

Pada 5 Ogos 2009, Seri Delima telah menghantar seorang pelajar tahun 5 sebagai calon Tokoh Nilam 2009 bertempat di PKG Taiping . Pelajar tersebuat ialah Noor Faizah bt. Zainuddin dari tahun 5 Tawakal.
Walaupun masa yang diberi singkat tetapi Seri Delima dengan sedaya upaya mencari calon bagi tahun ini. Banyak pengalaman ditimba dalam melahirkan calon NILAM semasa berada di PKG Taiping.
Terima kasih di atas kerjasama Pn. Norazura bt Md Yusoff dalam melahirkan seorang calon dari Seri Delima.