MASA ITU EMAS

SERI DELIMA.....

Tuesday, July 28, 2009

KURSUS PEMBINAAN BLOG PSS






Kursus ini dianjurkan oleh PKG Taiping untuk guru-guru Media bagi menghasilkan blog PSS sekolah masing-masing. Kursus ini dihadiri seramai 29 orang GPM dan dibimbing oleh En. Mohd Adnan Hj. Baharuddin dari PKG Kota Lama Kanan yang bermula pada 28 Julai hingga 30 Julai
2009.







Kursus ini adalah sebagai satu langkah permulaan bagi guru media ke arah membudayakan ICT sekolah. Selepas kursus blog ini ini diharapkan guru-guru dapat mengaplikasikan blog dengan sebaiknya.











KURSUS ICTL





Seorang guru Penyelaras Media dari SK. Seri Aman, iaitu Pn. Salma bt. Md Jusoh telah terpilih sebagai Jurulatih Utama (JU) untuk Kursus ICTL.

Kursus ini telah bermula dari 21 Julai 2009 hingga 15 Ogos 2009 adalah untuk melatih guru-guru Bahasa Inggeris Daerah Larut, Matang dan Selama sebagai persediaan mengajar ICTL bagi murid tahap 1.







Kursus ini dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Unit ICTL. Sebanyak 7 ambilan daripada guru-guru Bahasa Inggeris yang mengajar tahap1.

Monday, July 27, 2009

SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER SERI DELIMA


Assalamualaikum... Selamat Datang ke Blog Pusat Sumber Seri Delima, SK Seri Aman dan terima kasih atas kujungan anda ke blog ini.


Blog ini akan menjadi satu bahagian atau ruang untuk mempromosikan Seri Delima di samping pengkongsian pintar pelbagai bidang dalam pengkhususan PSS.




Selamat melayari Blog Seri Delima SK Seri Aman.